Institut Perindustrian Selandar (ILP) Selandar, Melaka
Channel | 77 followers
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 55 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 660 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 75 orang kakitangan. ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam hasrat mencapai status negara perindustrian maju melalui latihan kemahiran TVET. Untuk itu, ILP Selandar berperanan sebagai penyedia latihan kemahiran kepada belia lepasan sekolah bagi melahirkan pekerja industri berkemahiran dalam pelbagai bidang utama seperti bidang Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Komputer (Perisian dan Aplikasi Web) dan juga bidang CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan Minyak dan Gas) dan Rekabentuk Produk Industri. Di samping itu ILP Selandar juga merupakan pusat Latihan kemahiran bagi pekerja industri yang ingin meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran (reskilling and upskilling) dalam bidang-bidang yang ditawarkan dalam Kursus Jangka Pendek (KJP). Tawaran KJP ini dibuka kepada agensi-agensi swasta dan kerajaan. dalam pelbagai bidang latihan kemahiran yang berkaitan.
ILP Selandar sentiasa komited dalam memenuhi kehendak pelanggan bagi memastikan latihan yang disediakan selaras dengan keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri berkaitan. Beberapa bentuk kerjasama dengan pihak industri dan agensi-agensi berkaitan dilaksanakan bagi memantapkan peranan ILP Selandar dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan program TVET di negara ini.
Untuk makluman jua sejajar dengan bidang latihan pengkomputeran yang ditawarkan di ILP Selandar maka semua tenaga pengajar sentiasa berusaha untuk memperkasakan latihan kemahiran dalam program-program berkaitan Industri 4.0.