1. Muat turun dan lancarkan aplikasi: Muat turun WhatsApp Messenger secara percuma daripada Google Play Store atau App Store Apple. Untuk membuka aplikasi, ketik ikon WhatsApp pada skrin utama anda.
2. Semak Terma Perkhidmatan: Baca Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi, kemudian ketik Setuju dan Teruskan untuk menerima terma tersebut.
3. Daftar: Pilih negara anda daripada senarai ke bawah untuk menambah kod negara anda, kemudian masukkan nombor telefon anda dalam format nombor telefon antarabangsa. Ketik Selesai atau Seterusnya, kemudian ketik Ok untuk menerima kod pendaftaran 6 digit anda melalui SMS atau panggilan telefon. Untuk melengkapkan pendaftaran, masukkan kod 6 digit anda. Ketahui cara mendaftarkan nombor telefon anda pada Android, iPhone, atau KaiOS.
4. Sediakan profil anda: Dalam profil baharu anda, masukkan nama anda, dan kemudian ketik Seterusnya. Anda juga boleh menambah foto profil.
5. Benarkan akses kepada kenalan dan foto: Kenalan boleh ditambahkan pada WhatsApp daripada buku alamat telefon anda. Anda juga boleh membenarkan akses kepada foto, video dan fail pada telefon anda.
6. Mulakan sembang: Ketik atau , kemudian cari kenalan untuk bermula. Taipkan mesej dalam medan teks. Untuk menghantar foto atau video, ketik atau bersebelahan dengan medan teks. Pilih Kamera untuk mengambil foto atau video baharu atau Galeri atau Pustaka Foto dan Video untuk memilih foto atau video sedia ada daripada telefon anda. Kemudian, ketik atau .
7. Cipta kumpulan: Anda boleh mencipta kumpulan dengan peserta sehingga 256 orang. Ketik atau , kemudian Kumpulan baharu. Cari atau pilih kenalan untuk dimasukkan ke dalam kumpulan, kemudian ketik Seterusnya. Masukkan subjek kumpulan dan ketik atau Cipta.
Sesuaikan ciri-ciri privasi dan keselamatan
WhatsApp memudahkan untuk anda memahami dan sesuaikan privasi serta keselamatan anda. Ketahui lebih lanjut di halaman privasi kami.
Lakukan semakan fakta terhadap maklumat yang anda terima
Pertimbangkan kesahihan mesej yang anda terima, tidak semua perkara yang anda dengar adalah tepat. Jika anda tidak tahu orang yang menghantar mesej yang anda terima, kami menggalakkan anda untuk menyemak kesahihan maklumat tersebut dengan organisasi penyemakan fakta yang boleh dipercayai. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk mencegah penyebaran maklumat salah dalam artikel ini.
Mesej dimajukan
Untuk membantu mencegah penyebaran maklumat salah, kami mengehadkan cara anda boleh memajukan mesej. Anda boleh mengenal pasti mesej yang dimajukan dengan mudah kerana ia mempunyai label Dimajukan . Apabila mesej dimajukan daripada satu pengguna kepada pengguna lain berulang kali, ia akan ditandakan dengan ikon anak panah berganda . Anda boleh mengetahui tentang had pemajuan dalam artikel ini.