Pakar Penjagaan Kesihatan
Pada waktu ketidakpastian dan pengasingan yang semakin meningkat ini, anda boleh berhubung dengan pesakit dan rakan sekerja anda di WhatsApp—alat yang sama yang mereka gunakan untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga.
Sila gunakan WhatsApp secara bertanggungjawab ketika berhubung dengan pelanggan anda. Hanya berkomunikasi dengan pengguna yang anda kenali dan mereka yang ingin menerima mesej daripada anda. Minta pelanggan simpan nombor telefon anda dalam buku alamat mereka dan elakkan menghantar mesej automatik atau promosi kepada grup. Tidak mengikuti amalan terbaik yang mudah ini boleh menyebabkan aduan daripada pengguna lain dan kemungkinan sekatan akaun.
Untuk mengurus pelbagai pertanyaan dengan lebih baik, tampilkan maklumat yang berguna seperti waktu perniagaan dan simpan jawapan yang sering digunakan. Kami cadangkan anda gunakan aplikasi WhatsApp Business, yang boleh dimuat turun secara percuma. Klik di sini untuk panduan langkah demi langkah cara menggunakan aplikasi WhatsApp Business. Sekiranya anda perlu memindahkan akaun anda daripada WhatsApp Messenger kepada aplikasi WhatsApp Business, klik di sini.
Muat turun untuk telefon anda
*Setiap pengguna WhatsApp bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sebarang penggunaan WhatsApp mematuhi undang-undang terpakai, termasuk privasi data kesihatan dan undang-undang keselamatan. WhatsApp tidak mengatur atau menyediakan khidmat penjagaan kesihatan dan anda tidak dibenarkan untuk menampilkan bahawa WhatsApp mempunyai kaitan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan anda. WhatsApp bukanlah pengganti perundingan kesihatan dengan pesakit secara bersemuka atau pengganti untuk rawatan penyakit yang memerlukan rawatan segera dan tidak boleh digunakan sebagai peranti perubatan yang dikawal.