Menghantar mesej secara peribadi
Privasi anda ialah keutamaan kami. Dengan penyulitan hujung ke hujung, anda boleh yakin bahawa mesej peribadi anda kekal sulit antara anda dengan penerima mesej tersebut.
Privasi anda ialah keutamaan kami. Dengan penyulitan hujung ke hujung, anda boleh yakin bahawa mesej peribadi anda kekal sulit antara anda dengan penerima mesej tersebut.
Mesej dan panggilan kekal rahsia antara anda. Tiada orang lain boleh membaca atau mendengarnya, walaupun WhatsApp.
Bukan sekadar penyulitan hujung ke hujung, kami menambah lapisan perlindungan tambahan untuk semua perbualan anda.
Anda boleh memilih perkara yang anda mahu kongsikan, cara anda muncul dalam talian, atau orang yang boleh bercakap dengan anda.
Kata laluan melindungi sembang anda yang amat peribadi supaya tiada sesiapa yang menggunakan telefon anda dapat melihat sembang tersebut.
Dengan mesej menghilang, anda boleh mengawal mesej yang kekal serta tempoh pengekalan mesej, dengan menetapkan agar mesej itu menghilang setelah dihantar.
Saring spam dan kenalan yang tidak diketahui daripada menghubungi anda, supaya anda boleh menumpukan perbualan yang benar-benar penting buat anda.
Pastikan sandaran dalam talian anda sulit. Hidupkan sandaran disulitkan untuk merangkumkan keselamatan penyulitan hujung ke hujung kepada mesej anda yang tersimpan pada iCloud atau Google Drive.
Pilih untuk dilihat oleh orang yang anda mahu. Anda boleh menyesuaikan tetapan privasi anda untuk memilih orang yang boleh melihat kehadiran dalam talian anda dan waktu terakhir anda menggunakan WhatsApp.
Lindungi akaun anda daripada penggodam dan penipu
serta hentikan sembang yang tidak diingini.