Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.
Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.
Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.
Penggunaan platform digital memberikan banyak peluang untuk meningkatkan kehidupan, namun anda harus sedar akan risiko supaya anda boleh melindungi diri anda serta Komuniti anda. Ketahui cara memastikan ahli anda selamat dan lindungi privasi mereka dengan mengurus Kumpulan dan perbualan serta menggalakkan ahli agar menggunakan ciri Keselamatan dan Privasi WhatsApp.
"Dalam hal menyokong mangsa keganasan rumah tangga yang perlu dikendalikan secara sulit, pentadbir kumpulan melihat bahawa WhatsApp disulitkan hujung ke hujung dan berasa lebih yakin untuk mengadakan perbincangan melalui aplikasi tersebut. Privasi harus dititikberatkan dan apa-apa perkara yang anda bincangkan tidak dikongsi dengan khalayak yang tidak dikehendaki."
- Givers Arena, Nigeria
Apabila orang ramai berasa selamat dalam sesebuah komuniti, mereka cenderung untuk turut serta dan merasai semangat kekitaan. Perasaan itu mudah hilang jika ahli terdedah kepada kandungan atau tingkah laku yang memudaratkan, apabila Kumpulan tidak bersifat sulit, atau apabila maklumat peribadi dikongsi tanpa persetujuan.
Keselamatan merupakan teras kepada segala perkara yang dilakukan oleh WhatsApp. Mesej peribadi, foto, video, mesej suara, dokumen dan panggilan anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Gunakan ciri keselamatan dan privasi di WhatsApp untuk melindungi diri sendiri dan ahli anda. Sebagai pentadbir Komuniti, kerjasama rapat antara anda dengan pentadbir Kumpulan adalah penting untuk memastikan ahli anda berasa selamat.
Ahli Komuniti WhatsApp boleh mencari butiran hubungan pentadbir Kumpulan mereka dengan mudah dan boleh mencapai pentadbir Komuniti mereka secara terus jika perlu.
Jangan sediakan Komuniti WhatsApp yang:
Sebagai pentadbir Komuniti, anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan kami mengikut Terma Perkhidmatan kami. Tindakan boleh diambil terhadap akaun anda, termasuk menyahdayakan atau mengharamkan Komuniti, sekiranya berlaku pelanggaran.
Pastikan semua orang tahu tentang ciri-ciri keselamatan dan privasi yang disediakan oleh WhatsApp untuk melindungi pengguna daripada pelaku jahat. Pentadbir Komuniti dan Kumpulan harus berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang cuba mengambil alih akaun anda, berkongsi maklumat salah, atau menambah atau mengalih keluar ahli. Anda seharusnya menggalakkan ahli anda agar melindungi akaun mereka dan mengingatkan mereka supaya tidak berkongsi maklumat Komuniti dengan orang luar bagi mengehadkan risiko pendedahan Komuniti kepada bahaya. Sebagai pentadbir Komuniti, anda boleh mengalih keluar ahli, memadamkan mesej yang tidak berkaitan (hingga 2.5 hari selepas dihantar) untuk memastikan keselamatan komuniti.
Pastikan diri anda dan ahli anda kekal selamat dengan memaklumkan kepentingan tentang:
Ingatkan ahli anda bahawa mereka boleh menggunakan ciri privasi tambahan seperti mesej menghilang dan media lihat sekali apabila mereka berkongsi maklumat peribadi dalam Kumpulan. Galakkan semua ahli untuk memanfaatkan alat dan ciri yang telah kami reka bentuk bagi memastikan keselamatan dan privasi anda.
Untuk pentadbir Komuniti, langkah berhati-hati adalah sangat penting apabila anda menghantar mesej dalam Kumpulan Pengumuman. Jangan @sebut mana-mana ahli dalam kumpulan Pengumuman kerana tindakan itu boleh mendedahkan nombor telefon kenalan tersebut kepada seluruh komuniti.
Komuniti WhatsApp menyediakan satu lapisan privasi tambahan kerana pengguna tidak boleh mencari komuniti anda secara umum dalam talian, tetapi mesti dijemput untuk mengikut serta. Selaraskan dengan pentadbir komuniti dan Kumpulan anda bagi memastikan ahli ditambah masuk ke dalam komuniti atas tujuan yang betul. Kehadiran orang yang tidak sehaluan dengan tujuan komuniti atau menyertai atas niat yang tidak baik boleh menjatuhkan nilai komuniti kepada ahli anda, atau mendedahkan komuniti anda kepada gangguan, penipuan, atau kemudaratan yang lain.
Pengurusan dan pengawalan secara aktif adalah mustahak untuk menentukan cara Kumpulan serta ahli boleh menyertai dan berinteraksi dengan Kumpulan lain dalam komuniti anda. Setiap komuniti boleh mengandungi maksimum sebanyak lima puluh Kumpulan termasuk Kumpulan Pengumuman. Oleh itu, pantau penciptaan Kumpulan baharu bagi memastikan hanya Kumpulan yang relevan dipautkan kepada Komuniti anda.
Pastikan pentadbir Kumpulan anda mengawasi ahli baharu dan keluarkan sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya berada di situ. Anda boleh mengalih keluar ahli dengan pergi ke senarai peserta Kumpulan dan mengklik pada nama ahli tersebut.
Anda boleh menjemput Kumpulan dan ahli untuk menyertai sesebuah komuniti menggunakan pautan undangan atau dengan menambah pengguna tersebut ke dalam kenalan anda secara individu. Berhati-hati apabila anda berkongsi pautan undangan. Jangan sekali-kali menyiarkan pautan itu pada halaman web awam. Hantar pautan undangan melalui saluran komunikasi persendirian kepada orang yang anda kenali sahaja. Anda juga boleh menghidupkan tetapan permintaan menyertai kumpulan untuk kumpulan yang menghendaki pentadbir menyemak mana-mana peserta baharu sebelum menyertai kumpulan. Sekiranya anda memasukkan seseorang dan mereka mengalih keluar diri mereka sendiri, hormati keputusan mereka.
Pastikan semua pentadbir tahu tanggungjawab mereka dan dilatih untuk memastikan Kumpulan mereka kekal selamat. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan konflik, gangguan, pembulian dan kandungan mudarat serta kuat kuasakan peraturan komuniti anda secara konsisten. Bertindak dengan pantas untuk memadamkan mesej yang tidak sesuai atau tidak boleh dipercayai dengan menekan lama pada mesej tersebut dan sekat, laporkan, serta alih keluar Kumpulan atau ahli yang bermasalah sekiranya perlu.
Bantu pentadbir dan ahli dalam mengenal pasti kandungan negatif, mengikut konteks norma komuniti dan jangkaan ahli anda. Kandungan mungkin menjadi masalah dalam komuniti anda sekiranya kandungan itu:
Ingatkan ahli anda supaya mengabaikan kandungan atau melaporkan sebarang kelakuan yang mencurigakan dan berfikir terlebih dahulu sebelum memajukan mesej.
WhatsApp mengehadkan pemajuan mesej untuk memperlahankan penyebaran maklumat salah. Anda boleh memajukan mesej kepada lima sembang sekali gus. Jika mesej telah dimajukan, anda boleh memajukan mesej tersebut kepada hingga lima sembang, termasuk maksimum satu kumpulan.
Jika anda melihat kandungan atau tingkah laku yang membimbangkan anda, atau jika sesiapa dalam komuniti anda berada dalam keadaan cemas, hubungi pihak sokongan dengan segera. Hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda, pihak penguatkuasaan undang-undang atau talian penting pencegahan bunuh diri.
Perihal spam dan mesej yang tidak diingini
Perihal had pemajuan
Pentadbir komuniti memainkan peranan penting dalam mengurus dan menyelenggara Komuniti WhatsApp. Fahami ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pentadbir komuniti yang baik.