Sebelum menubuhkan komuniti anda, pertimbangkan tujuan anda - adakah untuk menyelaraskan dan menyelia program kesihatan komuniti, memberikan latihan dan bimbingan kepada pekerja kesihatan komuniti, meningkatkan kesedaran tentang sesuatu masalah kesihatan, atau perkara yang lain? Tujuan anda akan membantu anda menentukan ahli yang akan disertakan dalam komuniti dan kumpulan yang akan mereka anggotai. Anda boleh mencipta atau menambah kumpulan untuk:
- pekerja kesihatan komuniti mengikut kawasan geografi;
- pekerja kesihatan komuniti mengikut kemahiran;
- pekerja kesihatan komuniti mengikut keadaan kesihatan atau program;
- pekerja kesihatan komuniti baharu yang menjalani latihan asas;
- latihan yang sedang berlangsung untuk pekerja kesihatan komuniti;
- pengurus atau penyelaras program;
- pasukan pengurusan hospital;
- pasukan penjagaan kesihatan – pakar perubatan, jururawat penasihat, pekerja sosial perubatan;
- bekalan perubatan dan pasukan farmasi;
- pemimpin komuniti.
Tujuan komuniti yang jelas akan membantu pasukan pentadbir dan ahli anda memahami sebab sesetengah kumpulan dimasukkan manakala yang lain tidak. Sebagai contoh, sekiranya tujuan komuniti adalah untuk memberikan pendidikan kesihatan dan perkhidmatan rawatan asas kepada keluarga, anda mungkin memutuskan untuk mencipta atau menambah kumpulan untuk pekerja kesihatan komuniti yang pakar dalam bidang kesihatan ibu dan bayi baru lahir, atau kaunseling kesihatan mental. Anda juga boleh memasukkan kumpulan untuk berkongsi cerita kejayaan atau membincangkan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi dalam komuniti. Namun, dalam hal ini, mungkin tidak wajar untuk memautkan kumpulan sosial dengan komuniti anda.